PETANDA
KANSER
SENSITIVITI
SPESIFISITI
PSA
Prostat
65%
35%
Pelbagai Petanda
Prostat (1)
83%
97%
CA15.3
Payudara
23%
69%
Pelbagai Petanda
Payudara(2)
93%
91%
CA125
Ovari
35%
98%
Pelbagai Petanda
Ovari (3)
100%
95%
Data berasal dari Adam et al., Cancer Research, 62, 3609-3614 (2002); Li et al., Clinical Chemistry, 48, 1296-1304 (2002); dan Petricoin et al., The Lancet , 359, 572-577 (2002)
 | Laman Utama | Hubungi Kami | Info Teknikal | Logon |


Sensitiviti dan spesifisiti pelbagai petanda tumor adalah lebih tepat dibanding dengan hanya menggunakan satu petanda tumor

Penggunaan protin pelbagai petanda untuk mengesan penyakit kanser

Kanser secara amnya ditentukan dengan menggunakan kaedah mengkaji satu jenis petanda protin dari ujian darah atau sampel tisu pesakit. Walaupun kegunaan kaedah ini dapat menghasilkan pelbagai jenis petanda yang munasabah tetapi ianya membebankan dan mengambil masa yang lama.

Buat masa terkini ramai ahli sains menggunakan kaedah teknologi 'cip protin' dengan bantuan perisian komputer untuk mengenalpasti sebilangan petanda protin di dalam darah yang boleh membezakan antara pesakit yang mengidap penyakit kanser dengan individu yang sihat.

Kaedah pemeriksaan pelbagai petanda protin lebih tepat untuk mengenalpasti pesakit kanser dari individu yang sihat jika dibandingkan dengan mengguna satu jenis petanda protin sahaja.

Penemuan dan Kesahihan pelbagai petanda protin

Drs Chip Petricoin dan Lance Liotta dari gabungan FDA/NCI pusat proteomics, Dr Daniel Chan dari Universiti Johns Hopkins dan Dr George Wright dari Sekolah Perubatan Eastern Virginia telah mendapati keputusan yang memberangsangkan.

Pakar-pakar penyelidik yang terkenal ini, menggabungkan teknologi cip protin dengan pelbagai jenis perisian statistik komputer dan dapat menghasilkan pelbagai jenis petanda protin untuk penyakit kanser ovari, kalenjar prostat dan payudara.

Data dari penyelidikan mereka yang terkini jelas membuktikan bahawa kaedah sedemikian menghasilkan keputusan yang lebih tepat jika dibandingkan dengan mengguna satu petanda protin untuk membezakan pesakit kanser dari individu yang sihat seperti carta di bawah.

 








 

 





References

(1) Adam, B-Leg Qu, Y., Davis, J.W., Ward, M.D.,Clements, M.A., Cazares, L.H., Semmes, O.J.,Schellhammer, PF, Yasui, Y., Feng, Z., Wright,G. Serum protein fingerprinting coupled witha pattern-matching algorithm distinguishes prostate cancer from benign prostate hyper-plasia and healthy men. Cancer Research , 62,3609-3614 (2002).

(2) Li, J., Zhang, Z., Rosenzweig, Wang, Y.Y.,Chan, D.W. Proteomics and bioinformaticsapproached for identification of serum biomarkers to detecting breast cancer. Clinical Chemistry , 48, 1296-1304 (2002).

(3) Petricoin, E.F., Ardekani, A.M., Hitt, B.A.,Levine, P.J., Fusaro, V.A., Steinberg, S.M.,Mills, G.B., Simone, C., Fishman, D.A., Kohn,E.C., Liotta, L.A. Use of proteomic patterns in serum to identify ovarian cancer. The Lancet , 359, 572-577 (2002).

(4) Petricoin, E.F., Ornstein, D.K., Paweletz, C.P.,Ardekani, A., Hackett, P.S., Hitt, B.A., Velassco,A., Trucco, C., Weigand, L., Woo, K., Simone,C.B., Levine, P.J., Linehan, M., Emmert-Buck,M.R., Steinberg, S. M., Kohn, E.C., Liotta, L.A.Serum Proteomic Patterns for Detection of Prostate Cancer. Journal of the National Cancer Institute 94, 1576-1578 (2002).

(5) Rai, A.J., Zhang, Z., Rosenzweig, J., Shih, L.,Pham, T., Fung, E., Sokoll, L.J., Chan, D.W.Proteomic Approaches to Tumor Marker Discovery. Identification of Biomarkers for Ovarian Cancer. Arch. Pathol. Lab. Med. 126, 1518-1526 (2002)

 






Copyright Biomarkers 2005


| Laman Utama | Hubungi Kami | Info Teknikal | Petanda Tumor Biomarkers C12 | Info Kanser |
| Berapa Kosnya | Ke Mana | Bacaan Tambahan |